Make your own free website on Tripod.com
Text Box: Davie & Norazlin
Text Box: Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.
Text Box: Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak– kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman muzikal. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian dengan memainkan corak irama yang dipelajari.
Melalui permainan alat perkusi juga murid dapat membina koordinasi gerakan anggota badan. Dalam permainan alat perkusi murid- murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Di samping itu, ensamble alat perkusi membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisiplin dan tanggungjawab terhadap alat muzik.
Guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi dan guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik sejak awal lagi.
Dalam laman web ini, saudara dan saudari akan mempelajari bagaimana teknik memegang dan memainkan alat perkusi mengikut standardnya.

PENGENALAN

Permainan Alat Perkusi